Petugas-petugas di PPV UTM
Sabtu, 14 Ogos 2021 – Para petugas yang telah memberikan khidmat yang terbaik di PPV UTM. Prof Rose Alinda juga telah memberikan sumbangan ais krim kepada para petugas PPV UTM pada hari ini.
Sabtu, 14 Ogos 2021 – Para petugas yang telah memberikan khidmat yang terbaik di PPV UTM. Prof Rose Alinda juga telah memberikan sumbangan ais krim kepada para petugas PPV UTM pada hari ini.
Sabtu, 14 Ogos 2021 – YB Dato’ Hj Mohd Haffiz Hj Ahmad, Datuk bandar Iskandar Puteri hari ini telah melawat Pusat Pemberian Vaksin UTM serta menyampaikan Titipan Kasih untuk Frontliner sempena ulang tahun hari keputeraan DYMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.
Rabu, 11 Ogos 2021 – Keadaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UTM Johor dilihat berada di dalam keadaan terkawal. Setiap individu yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Sukarelawan yang bertugas juga dilihat memberi layanan yang sangat baik dan membantu setiap orang yang hadir dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi.
Isnin, 2 Ogos 2021 – Orang ramai dilihat hadir ke pusat pemberian vaksin UTM Johor Bahru untuk mendapatkan vaksin. Keadaan sekitar pusat pemberian vaksin UTM sangat teratur dan terkawal.
Khamis, 5 Ogos 2021 – Suasana dan keadaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UTM Johor Bahru pada hari ini berjalan dengan baik dan memuaskan. Teruskan mendaftar bagi yang belum mendaftar. Tanggungjawab kita semua adalah untuk membentuk imuniti kelompok. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok.