Sesi Serah Tugas Pengerusi Majlis Profesor UTM yang baharu
Ahad, 22 Ogos 2021 – Sesi menyerahkan tugas Prof. Dr. Omar Yaacob kepada Prof. Dr Mohd Hasbullah Idris yang baharu dilantik sebagai Pengerusi Majlis Profesor UTM yang baharu berkuatkuasa 23 Ogos 2021.
Pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Johor sekitar kampus UTM sempena Bulan Kemerdekaan
Sesi Lintas Langsung oleh RTM ke PPV UTM Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
Selasa, 17 Ogos 2021 – Aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang tetap menjadi acara tahunan bagi pihak UTM walaupun berada di dalam norma baharu. Pagi ini, Wartawan Cerita Pagi Johor, Taufik Salimin telah menemubual Pendaftar UTM, En. Abdul Razib Shahuddin berkaitan aktiviti-aktiviti dan program patriotik yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh UTM sempena bulan kemerdekaan kali ini.
Katanya, pelbagai aktiviti akan diadakan bermula pada hari ini yang akan melibatkan staf dan juga pelajar-pelajar UTM untuk meningkatkan semangat patriotik dikalangan warga UTM. PPV UTM juga memberikan bendera dan pelekat kepada penerima vaksin dan akan memainkan lagu-lagu patriotik untuk menaikkan lagi semangat kemerdekaan.