Select Page
PERKABAxAGROBANK

PERKABAxAGROBANK

Selasa, 3 Ogos 2021 – PROGRAM PERKABAxAGROBANK telah dianjurkan oleh PERKABA UTM bersama rakan strategik AGRO BANK dalam menyampaikan bantuan BAKUL REZEKI kepada 20 orang staf UTM B40 yang merupakan ahli-ahli PERKABA. Program ini telah dijalankan secara pandu lalu di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan telah disempurnakan penyampaianya oleh pendaftar utm bersama En. Md. Yasin Ab.Hamid, regional Director Melaka, Johor.

Adalah diharapkan program ini akan menarik minat lebih banyak lagi organisasi-organisasi di luar sana untuk membantu staf utm yang memerlukan.

 

Kembara Korban 2021 UTM – YBIM dan Agihan 1,000 Pek Daging Korban

Kembara Korban 2021 UTM – YBIM dan Agihan 1,000 Pek Daging Korban

Rabu, 28 Julai 2021 – PROGRAM KEMBARA KORBAN 2021 UTM – YBIM telah dianjurkan oleh Unit Endowmen UTM dengan kerjasama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) dengan agihan daging korban sebanyak 1,000 pek. Daging korban telah diagihkan kepada staf & pelajar UTM berkeluarga, serta masyarakat di sekitar UTMJB (Desa Bakti, Pangsapuri Taman Desa Skudai, rumah pangsa Kangkar Pulai dan asnaf Taman Pulai Perdana).

YBhg. Prof Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail telah melancarkan program tersebut pada jam 2.15 petang di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan agihan daging korban secara PANDU LALU. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ SR Hj. Rosli Atan, Pengerusi Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

 

UTM Open Day