Nov 2, 2019 | Uncategorized
Satu sesi perjumpaan graduan penerima Anugerah AirAsia bagi Konvokesyen ke-63 UTM, bersama dua orang wakil daripada Syarikat AirAsia telah diadakan di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Majlis turut dihadiri Pengerusi Sekolah Komputeran, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir.
Nov 1, 2019 | Uncategorized
Majlis Makan Malam Pra-Konvokesyen UTM ke-63 telah diadakan pada 1 November 2019, bertempat di Kediaman Rasmi Naib Canselor UTM.
Nov 1, 2019 | Uncategorized
Majlis Raptai
Konvokesyen ke-63 UTM telah berlangsung pada 1 November 2019. Majlis
yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh para graduan,
ibu bapa dan tetamu.
Oct 28, 2019 | Uncategorized
Latihan Menembak Tahunan PALAPES UTM 2019 telah diadakan pada 28 Oktober 2019, bertempat di Lapangsasar Tembak Tempur Tim, Kem PULADA Ulu Tiram. Latihan yang melibatkan 128 orang kadet dan 34 orang pegawai tersebut telah turut menerima kunjungan daripada YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM. Hadir sama dalam kunjungan tersebut, En. Abdul Razib bin Hj. Shahuddin, Pendaftar UTM dan Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Prof. Madya Dr. Zaleha bte Abdullah.