Select Page
Sesi Lintas Langsung oleh RTM ke PPV UTM Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sesi Lintas Langsung oleh RTM ke PPV UTM Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

Selasa, 17 Ogos 2021 – Aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang tetap menjadi acara tahunan bagi pihak UTM walaupun berada di dalam norma baharu. Pagi ini, Wartawan Cerita Pagi Johor, Taufik Salimin telah menemubual Pendaftar UTM, En. Abdul Razib Shahuddin berkaitan aktiviti-aktiviti dan program patriotik yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh UTM sempena bulan kemerdekaan kali ini.

Katanya, pelbagai aktiviti akan diadakan bermula pada hari ini yang akan melibatkan staf dan juga pelajar-pelajar UTM untuk meningkatkan semangat patriotik dikalangan warga UTM. PPV UTM juga memberikan bendera dan pelekat kepada penerima vaksin dan akan memainkan lagu-lagu patriotik untuk menaikkan lagi semangat kemerdekaan.

UTM Open Day