Select Page
Kemasukan Pelajar Ke Kampus Secara Fizikal Bagi Sesi 2021/2022

Kemasukan Pelajar Ke Kampus Secara Fizikal Bagi Sesi 2021/2022

Jumaat, 15 Oktober 2021 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai menerima kemasukan 6,000 pelajar bagi semester 1, sesi 2021/2022 secara fizikal di kedua-dua kampus. kemasukan untuk fasa 1 ini bermula 15 hingga 18 Oktober, 856 pelajar dari Kampus Johor Bahru dan 92 orang pelajar dari kampus Kuala Lumpur dijangka masuk secara fizikal dan mendaftar di kolej kediaman masing-masing. Kemasukan semula pelajar ke kampus akan dilakukan secara beberapa fasa dengan syarat telah lengkap 2 dos vaksinasi dan telah mendapatkan kelulusan dari universiti dan dari kumpulan pelajar yang berkeperluan.

Sebelum mendaftar di kolej kediaman masing-masing, pelajar perlu menunjukkan surat kelulusan dan menjalani prosedur saringan kesihatan iaitu pemeriksaan suhu badan, imbasan MySejahtera dan imbasan QR Code Masuk Kampus. Pelajar juga perlu menjalani ujian saringan kendiri RTK-Antigen Saliva secara pandu lalu di Rumah Alumni di Kampus Johor Bahru atau Astaka KSJ di kampus UTM Kuala Lumpur dan seterusnya akan disahkan oleh pegawai perubatan Pusat Kesihatan UTM terlebih dahulu.

 

Majlis UTM Bermunajat & Berselawat

Majlis UTM Bermunajat & Berselawat

Jumaat, 1 Oktober 2021 – Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta kumpulan AsSahabah Selawat 4444 Nariyah Kamilah Tafrijiyyah Negeri Johor telah  menganjurkan Majlis UTM Bermunajat & Berselawat secara atas talian pada jam 9 malam.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga universiti terdiri daripada staf, pelajar dan alumni serta orang ramai untuk bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan universiti khususnya dari pandemik covid-19. Juga mendoakan kesembuhan kepada mereka yang sedang sakit dan melancarkan tabung derma untuk disumbangkan kepada yang terkesan dengan pandemik covid-19.

 

UTM Open Day