Nov 29, 2021 | Uncategorized
Ahad, 28 November 2021 – Telah berlangsungnya malam kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pelajar antarabangsa, kategori pelajar alam melayu & kategori pelajar antarabangsa di Malaysia. Tahniah buat semua pemenang!
Nov 3, 2021 | Uncategorized
Selasa, 2 November 2021 – Fakulti Sains telah memberi sumbangan komputer riba kepada seramai 17 mahasiswa yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Bantuan komputer riba ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Endowmen Fakulti Sains melalui sumbangan sebanyak RM49,300.00 yang diperolehi melalui Tabung Endowmen Fakulti Sains.
Oct 17, 2021 | Uncategorized
Jumaat, 15 Oktober 2021 – YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan juadah makanan tengah hari kepada seramai 180 orang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UTM.