Jumaat, 10 Disember 2021 – YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah bt. Tapsir (alumni SKA) telah merasmikan Smart Classroom Siti Hamisah Tapsir di Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) UTM. Smart Classroom Siti Hamisah Tapsir ini adalah hasil sumbangan YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah bt. Tapsir ke Tabung Endowmen UTM bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan (B40). Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih diucapkan.
Sabtu, 27 November 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba telah merasmikan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia dan Showcase Prototaip Peranti i-Breath di Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi, Johor. Selain itu, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba juga telah mengumumkan peruntukan dana Strategic Research Fund (SRF) sebanyak RM1.05 juta kepada penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk pembangunan peranti Mudah Alih Saringan dan Pemantauan COVID-19 atau dikenali sebagai i-Breath. Peranti i-Breath dapat memberi keputusan ujian hanya dalam tempoh 20 saat tanpa sentuhan fizikal.