Select Page
Majlis Konvokesyen UTM ke-64 (Sesi 1)

Majlis Konvokesyen UTM ke-64 (Sesi 1)

Sabtu, 11 Disember 2021 – Telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia yang ke-64 di Dewan Sultan Iskandar, UTM. MK-64 akan berlangsung selama 7 hari, dari 11 – 18 Disember 2021 sebanyak 13 sesi. Sesi pengurniaan pada hari ini telah disempurnakan oleh Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Tuanku Permaisuri Johor. Seramai 8,956 orang graduan akan diraikan selepas 3 kali ditangguhkan sejak 2019. MK64 kali ini juga turut menyaksikan sesi perisytiharan Pro-Canselor yang baharu, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim di samping Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Abdul Halim Ali yang  dikurniakan Anugerah Kehormat.