Oct 20, 2021 | MoU's/MoA's and Articulations
Isnin, 18 Oktober 2021 – Forum “Towards Cloud Technology: Are We Ready?” dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan RunCloud Sdn Bhd telah diadakan secara atas talian di Facebook Faculty of Engineering UTM Johor Bahru pada jam 11 pagi.
Oct 17, 2021 | Uncategorized
Jumaat, 15 Oktober 2021 – YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan juadah makanan tengah hari kepada seramai 180 orang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UTM.
Oct 17, 2021 | Uncategorized
Oct 17, 2021 | Students, Uncategorized
Jumaat, 15 Oktober 2021 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai menerima kemasukan 6,000 pelajar bagi semester 1, sesi 2021/2022 secara fizikal di kedua-dua kampus. kemasukan untuk fasa 1 ini bermula 15 hingga 18 Oktober, 856 pelajar dari Kampus Johor Bahru dan 92 orang pelajar dari kampus Kuala Lumpur dijangka masuk secara fizikal dan mendaftar di kolej kediaman masing-masing. Kemasukan semula pelajar ke kampus akan dilakukan secara beberapa fasa dengan syarat telah lengkap 2 dos vaksinasi dan telah mendapatkan kelulusan dari universiti dan dari kumpulan pelajar yang berkeperluan.
Sebelum mendaftar di kolej kediaman masing-masing, pelajar perlu menunjukkan surat kelulusan dan menjalani prosedur saringan kesihatan iaitu pemeriksaan suhu badan, imbasan MySejahtera dan imbasan QR Code Masuk Kampus. Pelajar juga perlu menjalani ujian saringan kendiri RTK-Antigen Saliva secara pandu lalu di Rumah Alumni di Kampus Johor Bahru atau Astaka KSJ di kampus UTM Kuala Lumpur dan seterusnya akan disahkan oleh pegawai perubatan Pusat Kesihatan UTM terlebih dahulu.
Oct 17, 2021 | MoU's/MoA's and Articulations
Khamis, 14 Oktober 2021 – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah menjalankan kerjasama strategik dalam bidang kejuruteraan forensik struktur dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah berlangsung secara atas talian di laman facebook rasmi JKR Malaysia pada jam 2.45 petang.