Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dengan National Institute of Technology (NIT), Kagoshima College, Japan
Ahad, 28 November 2021 – Telah berlangsungnya malam kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pelajar antarabangsa, kategori pelajar alam melayu & kategori pelajar antarabangsa di Malaysia. Tahniah buat semua pemenang!
Sabtu, 27 November 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba telah merasmikan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia dan Showcase Prototaip Peranti i-Breath di Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Ampat, Kota Tinggi, Johor. Selain itu, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba juga telah mengumumkan peruntukan dana Strategic Research Fund (SRF) sebanyak RM1.05 juta kepada penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk pembangunan peranti Mudah Alih Saringan dan Pemantauan COVID-19 atau dikenali sebagai i-Breath. Peranti i-Breath dapat memberi keputusan ujian hanya dalam tempoh 20 saat tanpa sentuhan fizikal.
Rabu, 24 November 2021 – Lawatan rasmi Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, YBhg. Tan Sri Azman bin Haji Mokhtar ke Stadium Azman Hashim, Fakulti Alam Bina & Ukur, Fakulti Sains, Pusat Kesihatan UTM, Padang Akademi JDT, Hutan Rekreasi UTM, Pusat Inovasi & Pengkomersialan UTM (ICC) & ke program UTMLead (GEMs) Sesi 2 – PRZS.