Majlis Konvokesyen UTM Ke-64 (Sesi 4)
Majlis Konvokesyen UTM Ke-64 (Sesi 3)
Ahad, 12 Disember 2021 – Sekitar majlis konvokesyen ke-64 sesi 3 yang telah disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim. Seramai 563 graduan yang telah menerima anugerah Ijazah Sarjana Muda pada sesi kali ini.
Majlis Konvokesyen UTM Ke-64 (Sesi 2)
Ahad, 12 Disember 2021 – Sekitar Majlis Konvokesyen UTM yang ke-64 bagi sesi 2 di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Seramai 580 graduan menerima Ijazah Sarjana & Ijazah Sarjana Muda yang telah disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Majlis Konvokesyen UTM ke-64 (Sesi 1)
Sabtu, 11 Disember 2021 – Telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia yang ke-64 di Dewan Sultan Iskandar, UTM. MK-64 akan berlangsung selama 7 hari, dari 11 – 18 Disember 2021 sebanyak 13 sesi. Sesi pengurniaan pada hari ini telah disempurnakan oleh Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Tuanku Permaisuri Johor. Seramai 8,956 orang graduan akan diraikan selepas 3 kali ditangguhkan sejak 2019. MK64 kali ini juga turut menyaksikan sesi perisytiharan Pro-Canselor yang baharu, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim di samping Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Abdul Halim Ali yang dikurniakan Anugerah Kehormat.