Select Page

Rabu, 11 Ogos 2021 – Keadaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UTM Johor dilihat berada di dalam keadaan terkawal. Setiap individu yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Sukarelawan yang bertugas juga dilihat memberi layanan yang sangat baik dan membantu setiap orang yang hadir dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi.