Rabu, 28 Julai 2021 – PROGRAM KEMBARA KORBAN 2021 UTM – YBIM telah dianjurkan oleh Unit Endowmen UTM dengan kerjasama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) dengan agihan daging korban sebanyak 1,000 pek. Daging korban telah diagihkan kepada staf & pelajar UTM berkeluarga, serta masyarakat di sekitar UTMJB (Desa Bakti, Pangsapuri Taman Desa Skudai, rumah pangsa Kangkar Pulai dan asnaf Taman Pulai Perdana).
YBhg. Prof Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail telah melancarkan program tersebut pada jam 2.15 petang di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dan agihan daging korban secara PANDU LALU. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ SR Hj. Rosli Atan, Pengerusi Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).