Select Page

Latihan Menembak Tahunan PALAPES UTM 2019 telah diadakan pada 28 Oktober 2019, bertempat di Lapangsasar Tembak Tempur Tim, Kem PULADA Ulu Tiram. Latihan yang melibatkan 128 orang kadet dan 34 orang pegawai tersebut telah turut menerima kunjungan daripada YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM. Hadir sama dalam kunjungan tersebut, En. Abdul Razib bin Hj. Shahuddin, Pendaftar UTM dan Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Prof. Madya Dr. Zaleha bte Abdullah.